Program i-Sinar kini dibuka untuk kesemua 8 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas, dengan jumlah pengeluaran maksimum meningkat kepada RM10,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000, membabitkan peruntukan RM70 bilion.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca juga : Bayaran Geran Khas Prihatin 2.0 bermula 30 November 2020
Tengku Zafrul berkata, tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.
“Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurasan KWSP pagi tadi sukacita dimaklumkan bahawa i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.”
Tanpa mengira sama ada ahli tersebut berkerja sektor formal atau bekerja sendiri, ahli terjejas atau tidak, selagi terjejas pendapatan bolehlah memohon iSinar KWSP Akaun 1 ini.
Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, iSinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
Sementara itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar.
KWSP dalam kenyataan berkata i-Sinar, yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.
Sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.
KWSP akan mengemaskinikan maklumat lanjut di isinar.kwsp.gov.my