KATEGORI 1
Mohon i-sinar KWSP termasuk ahli yang sudah lama tidak mencarum , suri rumah ,bekerja sendiri , bekerja di sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan , cuti tanpa gaji dan hilang sumber pendapatan .
Ahli yang tiada caruman KWSP sekurang-kurangnya Dua (2) bulan berturut – turut semasa permohonan ATAU Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 mac 2020
Permohonan Bermula 21 Disember 2020 dan dokumen sokongan tidak diperlukan
KATEGORI 2
Mohon i-sinar KWSP kepada ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 mac 2020
Jika dokumen berkaitan tidak dapat dikemukakan , dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
( Dokumen Sokongan ) Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa.
3 Cara Untuk Kelancaran Urusan Mohon i-sinar KWSP
>Pastikan anda telah mendaftar I-Akaun
>Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini di kios atau cawangan KWSP
>Pastikan akaun bank milik anda aktif
Soalan Lazim I Sinar
1. Apakah itu I-Sinar?
– i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup
2. Apakah Kriteria Untuk Anda Memohon?
Kategori 1
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
KATEGORI 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
3. Bila dan Bagaimanakah saya boleh memohon I-Sinar
- Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
- Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
4. Apakah perkara yang penting perlu anda lakukan sebelum memohon I-Sinar
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:>Masih aktif
>Milik anda
>Bukan akaun bersama
Nota:
- Pastikan urusan pendaftaran nombor telefon bimbit anda di kios atau cawangan KWSP dirancang sebaik mungkin.
- KWSP sentiasa mengamalkan SOP yang ketat sepanjang tempoh pandemik ini sebagai langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan ahli.
5. Bagaimanakah caranya anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 anda?
Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
6. Bila dan Bagaimanakah pembayaran i-sinar anda akan dibuat?
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
7. Berapa jumlah amaun kelayakan i-sinar
8. Adakah anda perlu membayar semula amaun i – sinar yang dikeluarkan ?
Anda tidak perlu membayar semula.
9. Jika anda telah memohon Pengeluaran I-Lestari , bolehkah anda memohon i-sinar?
Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar