Pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 dalam masa sama dilihat bermaksud tiada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sepanjang tempoh tersebut.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat itu sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19 selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, semalam.
“Darurat-Press Release 12 January”
Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 45 minit bermula pada jam 5.30 petang semalam, Muhyiddin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif Covid-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.
Sumber : Malaysiadateline